Maka hari ini genaplah 88 tahun umur Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
MARIONEXXES mengucapkan agar rohnya dicucuri rahmat, aman damai di alam akhirat.
Kami pernah mainkan lagu MANUSIA ini di Selangor Vintage Fest 2014:
MANUSIA - P. RAMLEE
Manusia
Lirik Lagu Melayu
P. Ramlee
Manusia… o manusia
Semuanya… semuanya
Tiada… tiada
Lepas siksa… lepas siksa
Suka dan duka silih berganti
Sudah takdirnya Yang Maha Suci
Tetapi… tetapi
Manusia… manusia
Seharusnya… seharusnya
Berusaha… berusaha
Bahagia tak kan datang sendiri
Jika manusia tiada cari
Ooooooooo
Sekarang sudah aman
Ooooooooo
Hidup tiada ketakutan
Masanya… masanya
Sudah tiba… sudah tiba
Tersisih… tersisih
Dari noda… dari noda
Luput dari perangkap durjana
Lepas bebas dari sangkar bahaya
Hemm hem hem hem
Kami datang awal sangat, hujan punya lah lebat. Sesampai je di pentas utama Selangor Vintage Festival seawal 8 malam, kami dikejutkan dengan alatan backline malam ini menggunakan barangan terpakai, kami pun cubalah minta pakai tapi band tu kata dia takut pecah kerana MARIONEXXES punya persembahan luar biasa gila-gila.
Hujan Lebat Membasahi Selangor Vintage Festival
Sukahati je kami redah hujan demi sebuah persembahan, kami dilaporkan untuk membuat persembahan mengikut tentatif asal pada 8.30 malam. Namun ada beberapa kesan teknikal yang tidak memihak kepada kami, jadi penganjur menganjakkan ke pukul 9.30 malam. Maaf kepada kengkawan yang datang seawal 8 malam ke situ.
Kejutan Budaya Sajak Seluar Dalam
Osmantikus atau nama pentasnya Pyan Habib turut berada di situ, menanti sajak hitsnya Seluar Dalam tidak juga kunjung keluar dideklamasikannya. Menyusul kumpulan 3.0.5 kemudian Sierra, sebelum itu Ashid vokalis Def Gab C memanaskan pentas malam. Hujan terus mencurah disambung kumpulan anak syarikat rakaman Universal Music pula iaitu Radio Island. Kemudian kami menemui Aku Napie seorang kartunis tersohor, memotretkan wajah Piko merangkak namun yang specialnya dia eja MARIONEXXCESS ala ala Ticket Access gitu, haha
Set Kenduri Kahwin
Meleset dari jangkaan asal kami menyampaikan semua lagu versi elektrik plastik dengan campuran kopi dangdut, tidak menjadi kenyataan. Kami mengambil alih pentas jam 12 malam, waktu itu hujan sudah berhenti, ada lebih 1000 penonton membanjiri acara. Tidak juga menjadi nyata, drumset tiada kami teruskan pakai Cajon. Jadi kami balun hentam lagu-lagu ni dengan unplugged versi punk hentam keromo (haha ini tiada dalam perancangan asal):-
1. POP (periksa bunyi stadium)
2.Ada Benda (versi Mat Karung Guni)
3. Cheers Leader (dedikasi khas buat kekasih hati)
4. Manusia (versi Saloma telan Panadol soluble)
5. Harimau Malaya (versi alompak agogo M Shariff cover macho)
Lepas je show kami gerak balik, tapi waktu tu hujan dah berhenti sepenuhnya. Jadi kami boleh diklasifikasikan bomoh hujan juga lah malam tu.
Piko dengan Kapten (B) Mohd Nor Bon
Terima kasih kepada semua yang hadir, Cik Aida, Hamezasairel (juruvideo), adik Izzuddin, Kapten (B) Mohd Nor (Seniman Harley Davidson), Encik Kamal, D Send Tropical, Kusakusi, korang semua yang menyokong kami dari mula hingga akhir. Muah muah ngaum.
Cuba teka ada berapa lagu yang kami patut main? Siapa dapat teka betul kami nak bagi hadiah ni:- * Hadiah: Sepasang Tiket "Ultraman Live in Malaysia"
MARIONEXXES memerlukan bantuan anda untuk memberitahu kami lokasi kampung yang sesuai untuk 'Siri Jelajah Malaya' seterusnya. Cadangkan nama kampung yang anda ingin kami datang, mungkin cadangan anda dipersetujui oleh penaja atau kami menerima respons yang baik daripada penduduk kampung di situ, kami akan maklumkan anda semula. Berikut ialah peta Malaya sebagai rujukan anda. Selamat berdoa, agar kami sampai ke kampung anda. Bismillahirahmanirahim.