Showing posts with label P Ramlee. Show all posts
Showing posts with label P Ramlee. Show all posts

Selamat Hari Lahir ke 88 Tan Sri P Ramlee






Image may contain: one or more people and textMaka hari ini genaplah 88 tahun umur Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

MARIONEXXES mengucapkan agar rohnya dicucuri rahmat, aman damai di alam akhirat.

Kami pernah mainkan lagu MANUSIA ini di Selangor Vintage Fest 2014:

MANUSIA - P. RAMLEE

Manusia
Lirik Lagu Melayu
P. Ramlee

Manusia… o manusia
Semuanya… semuanya
Tiada… tiada
Lepas siksa… lepas siksa
Suka dan duka silih berganti
Sudah takdirnya Yang Maha Suci
Tetapi… tetapi
Manusia… manusia
Seharusnya… seharusnya
Berusaha… berusaha
Bahagia tak kan datang sendiri
Jika manusia tiada cari

Ooooooooo
Sekarang sudah aman
Ooooooooo
Hidup tiada ketakutan

Masanya… masanya
Sudah tiba… sudah tiba
Tersisih… tersisih
Dari noda… dari noda
Luput dari perangkap durjana
Lepas bebas dari sangkar bahaya
Hemm hem hem hem
Image may contain: 1 person
Tunggu kami muatnaik video Manusia itu.







Janda Muda Tua Kerepot Berasak Di Pesta Vintage Selangor 2014






Kami datang awal sangat, hujan punya lah lebat. Sesampai je di pentas utama Selangor Vintage Festival seawal 8 malam, kami dikejutkan dengan alatan backline malam ini menggunakan barangan terpakai, kami pun cubalah minta pakai tapi band tu kata dia takut pecah kerana MARIONEXXES punya persembahan luar biasa gila-gila.

Photo: Saloma, P.Ramlee, Mat Sentul dan The Beatles apakah persamaan mereka?

#SELANGOR #Vintage #festival #retro #classic

Hujan Lebat Membasahi Selangor Vintage Festival

Sukahati je kami redah hujan demi sebuah persembahan, kami dilaporkan untuk membuat persembahan mengikut tentatif asal pada 8.30 malam. Namun ada beberapa kesan teknikal yang tidak memihak kepada kami, jadi penganjur menganjakkan ke pukul 9.30 malam. Maaf kepada kengkawan yang datang seawal 8 malam ke situ.


Photo: Kumpulan Band yang akan menggamatkan lagi Festival 3 hari kami..... 
MAREIONEXXES... 3.0.5 ....... SIERRA

Pasti menggegarkan....

Khairul Fauzi Hj Muhammud Hasmawi Mohamad Noor M Zaki Zakkey Sabri ABakar

Kejutan Budaya Sajak Seluar Dalam

Osmantikus atau nama pentasnya Pyan Habib turut berada di situ, menanti sajak hitsnya Seluar Dalam tidak juga kunjung keluar dideklamasikannya. Menyusul kumpulan 3.0.5 kemudian Sierra, sebelum itu Ashid vokalis Def Gab C memanaskan pentas malam. Hujan terus mencurah disambung kumpulan anak syarikat rakaman Universal Music pula iaitu Radio Island. Kemudian kami menemui Aku Napie seorang kartunis tersohor, memotretkan wajah Piko merangkak namun yang specialnya dia eja MARIONEXXCESS ala ala Ticket Access gitu, haha

Photo: MARIONXXCESS - Aku Napie

Set Kenduri Kahwin

Meleset dari jangkaan asal kami menyampaikan semua lagu versi elektrik plastik dengan campuran kopi dangdut, tidak menjadi kenyataan. Kami mengambil alih pentas jam 12 malam, waktu itu hujan sudah berhenti, ada lebih 1000 penonton membanjiri acara. Tidak juga menjadi nyata, drumset tiada kami teruskan pakai Cajon. Jadi kami balun hentam lagu-lagu ni dengan unplugged versi punk hentam keromo (haha ini tiada dalam perancangan asal):-

1. POP (periksa bunyi stadium)
2.Ada Benda (versi Mat Karung Guni)
3. Cheers Leader (dedikasi khas buat kekasih hati)
4. Manusia (versi Saloma telan Panadol soluble)
5. Harimau Malaya (versi alompak agogo M Shariff cover macho)

 Lepas je show kami gerak balik, tapi waktu tu hujan dah berhenti sepenuhnya. Jadi kami boleh diklasifikasikan bomoh hujan juga lah malam tu.

Piko dengan Kapten (B) Mohd Nor Bon


 Terima kasih kepada semua yang hadir, Cik Aida, Hamezasairel (juruvideo), adik Izzuddin, Kapten (B) Mohd Nor (Seniman Harley Davidson), Encik Kamal, D Send Tropical, Kusakusi, korang semua yang menyokong kami dari mula hingga akhir. Muah muah ngaum.

http://photos-e.ak.instagram.com/hphotos-ak-xpa1/10268851_842638712465828_1058936624_n.jpg

Cuba teka ada berapa lagu yang kami patut main? Siapa dapat teka betul kami nak bagi hadiah ni:-

* Hadiah: Sepasang Tiket "Ultraman Live in Malaysia"

Nak menang lagi? Komen & like di foto ini:













Selangor Vintage Festival & Cultural 2014






Ya kami akan mempersembahkan lagu-lagu nostalgia menggamit kenangan silam.

Antaranya ialah :-

1. Manusia (P Ramlee & Saloma)

2. I Wanna Hold Your Hand (The Beatles)

3. Ada Benda (Mat Sentul)

Photo: Saloma, P.Ramlee, Mat Sentul dan The Beatles apakah persamaan mereka?

#SELANGOR #Vintage #festival #retro #classic


Serta beberapa lagu hits dari album kami yang pernah meletupkan dunia sebelum ini, sudah pasti Harimau Malaya juga ada dalam setlist. Paling utama lagu lama dari album Band Music X iaitu Cheers Leader akan diberi nafas baru. Ngaum.


Kalau nak tengok kereta klasik, moto klasik atau apa saja klasikal item, mari le singgah. Kami main hari Sabtu pukul 8 malam, masuk PERCUMA.

Maklumat lanjut berkenaan acara boleh rujuk:-

28-30HB NOVEMBER 2014
10 AM – 2AM
BULATAN BAZARENA, STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
ATURCARA
JUMAAT (28 NOVEMBER 2014)
10:00 am - PESTA HARI PERTAMA DI BUKA KEPADA ORANG RAMAI
MUZIK RETRO OLEH DJ
12:00 pm - MUZIK DIHENTIKAN UNTUK MENGHORMATI WAKTU SOLAT JUMAAT
3:00 pm - SAMBUNGAN MUZIK RETRO OLEH DJ
8:30 pm - PERSEMBAHAN PENTAS OLEH BAND / BUSKERS & ARTIS BARU
11:00 pm - PERSEMBAHAN TAMAT
2:00 am - PESTA HARI PERTAMA BERAKHIR
Lampiran 1/2
SABTU (29 NOVEMBER 2014)
10:00 am - PESTA HARI KEDUA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
MUZIK RETRO OLEH DJ
11:00 am - PERSEMBAHAN BAND & BUSKERS (SEHINGGA JAM 5 pm)
2:00 pm - PERTANDINGAN VESPA KLASIK
8:30 pm - PERSEMBAHAN PENTAS
- ARTIS VETERAN & BARU
- BAND MARIONEXXES
- BAND 3.0.5
- SYAIR & PUISI
- AUCTION OLEH ARTIS
11:30 pm - PERSEMBAHAN TAMAT
2:00 am - PESTA HARI KEDUA BERAKHIR
AHAD (30 NOVEMBER 2014)
10:00 am - PESTA HARI KETIGA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
MUZIK RETRO OLEH DJ
11:00 am - PERTANDINGAN KERETA KLASIK BERMULA
PERSEMBAHAN BAND & BUSKERS
2:00 pm - PERTANDINGAN CONGKAK , TIMBANG BULU AYAM & BATU SEREMBAN
5:00 pm - KETIBAAN DIF KEHORMAT UNTUK LAWATAN KHEMAH VENDOR
PERSEMBAHAN PUISI & SYAIR
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
10:00 pm - PESTA HARI KETIGA BERAKHIR
NOTA:
1) LELONGAN / AUCTION AKAN DIJALANKAN OLEH VENDOR DI PENTAS SECARA SELINGAN PADA MASA-MASA TERTENTU SEPANJANG 3 HARI
2) PERSEMBAHAN / MUZIK AKAN DIHENTIKAN UNTUK MENGHORMATI WAKTU-WAKTU SOLAT


Info:

https://www.facebook.com/pages/Selangor-Vintage-Festival/1483235141950312?sk=info&tab=page_info






Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code