Sepupu Piko Mati Dilanggar Lari






SEORANG remaja perempuan maut apabila motosikal diboncengnya digilis

Kronologi Kejadian
Pada hari Isnin, 20hb Julai 2015 telah berlaku insiden yang tidak diigini pada hari raya ke-4, Piko telah kehilangan sepupunya sendiri di Bagan Serai, Perak. Kejadian berlaku sekitar 10 pagi sebaik mereka beraya di rumah nenek di Sungai Dendang, Perak. Suspek telah melarikan diri dengan lori yang mengakibatkan kematian mangsa, Nur Faten Hanani Muhamad Azmi, 18 tahun.

Petikan Akhbar
Berikut ialah berita yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2015:-

BAGAN SERAI 21 Julai – Seorang remaja perempuan maut selepas digilis sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 144, Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Sungai Bogak, di sini hari ini.

Nahas pukul 10.30 pagi itu mengorbankan Nur Faten Hanani Muhamad Azmi, 18, di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kemalangan itu turut mengakibatkan rakannya yang menunggang motosikal Modenas Kriss cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Taiping

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bagan Serai untuk berhari raya di rumah rakan mereka di Simpang Lima dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang dinaiki remaja terbabit cuba mengelak sebuah kenderaan yang berada di bahu jalan.

Bagaimanapun katanya, motosikal tersebut bergesel pula dengan sebuah kenderaan berat yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran.

“Keadaan itu menyebabkan kedua-dua remaja ini tercampak di atas jalan sebelum Nur Faten yang membonceng motosikal itu digilis kenderaan dipercayai lori dan diseret sejauh kira-kira 10 meter.

“Nur Faten yang mengalami kecederaan parah selepas digilis di kepala dan badan mati di tempat kejadian manakala rakannya pula mengalami kecederaan parah,” katanya di sini.

Menurut Omar Bakhtiar, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mereka sekeluarga tidak menyangka Nur Faten akan terlibat dalam nahas ngeri yang mengorbankan nyawanya.

Katanya, remaja yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Permatang Pauh, Pulau Pinang, sejak sebulan lalu itu kelihatan ceria sebelum keluar berhari raya bersama rakan-rakannya.

“Perwatakan Nur Faten berbeza daripada biasa kerana dia begitu ceria sebelum keluar dari rumah dan saya hanya menasihatinya berhati-hati dan menyimpan beg duit di tempat selamat kerana bimbang diragut pencuri,” ujarnya.




Tabung Faten Hanani
Bagi meringankan beban keluarga mangsa, pihak-pihak yang sudi menyumbangkan sumbangan bantuan dana boleh berbuat demikian dengan mendermakan ke akaun berikut:

Nama: Abdul Wahid bin Abdul Halim
Bank: MAYBANK

Akaun: 158453029623

Image result for maybank 

Salam takziah Piko dan keluarga!


 









Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code