Seawal jam 11 malam keadaan tidak beberapa menyenangkan apabila lokasi muzik independen, Rumah Api telah diawasi polis kemudian diserbu ketika gig 'Party Tonight, Revolution Tomorrow' berlangsung. Tidak tahu puncanya, salah seorang session pemain drum kami turut terlibat kerana dia bermain dengan Virginia on Duty. Waktu serbuan dibuat mereka adalah band ke - 3 selepas Blind Tribe, Badass Farmer. Band terakhir Carburetor Dung pun belum sempat buat persembahan.
100 Kena Tahan
"Aku dah call Panjang dia dah kena tahan kat IPD Ampang, ambil urin tak tau apa kes" ujar Piko berkenaan penahanan drummer Virginia on Duty itu pada jam 2 pagi. Setakat ini semua mereka ditahan reman. Semua yang ada di Rumah Api termasuk budak jaga tiket, ahli muzik, pelancong seramai 100 orang lebih telah ditahan masuk lori polis.
Semua mereka ditahan reman 3 hari untuk siasatan kecuali Wan Hazril dan Man Beranak dikenakan reman 4 hari.
Muzik Bukan Jenayah
Penguasa telah salah tafsir tentang jenis muzik berat sejak sekian lama lagi, mereka telah menghalang muzik genre metal dimainkan di khalayak. Bagi mereka muzik keras tidak melambang jatidiri bangsa.
Waima penganjuran pertandingan muzik juga telah memasukkan syarat 'Tidak Dibenarkan Bermain Lagu Keras'. Pernah suatu ketika semasa irama rock belum popular di Malaysia dianggap berunsur syaitan. Keadaan ini memaksa pengkarya muzik rock mula mencipta lagu jiwang supaya dapat cari makan.
Solidariti Rumah Api
Rumah Api ialah sebuah lokasi persembahan seni malah juga pusat pengembangan budaya.
Website Rumah Api http://rumahapi.weebly.com/about.html
Hari Merdeka
Hari ini, 31 Ogos 2015 semua tahanan Rumah Api telah dimerdekakan pada jam 2 petang kecuali 2 orang tauke lokasi acara.