Malam Pesta LAMPU Di Putrajaya 2014







Panggilan Minit Akhir

Kami mendapat panggilan saat akhir untuk menggantikan slot band yang kosong kerana ada banyak sangat function hari ini, jadi mungkin ini punca utama band-band tak dapat hadir mengisi slot yang disediakan penganjur. Kemudian kami mendapat tahu bayaran juga disediakan namun masih dalam bentuk token walhal acara ini dibawah penganjuran pihak berwajib. Ini perlu penambahbaikan demi industri seni tanahair.

Merdekakah

Memanaskan badan dengan lagu MERDEKAKAH mendapat reaksi positif para penonton.
Sudah agak lama kami tidak mendendangkan lagu ini di khalayak.
"Buka kedai kopi, 
pakat anak bini,
lepak sampai pagi, 
kipas kroni-kroni"

Sebelum kami ada beberapa band hebat mengisi acara iaitu FOI, Double A dan Peristiwa 8 Minit.
Kami main lagu lain Pop, Ada Benda dan ...

Pemain Import Brazil

Sebaik liga semi pro bermula, kami dibenarkan membawa 3 pemain import maksimum, jadi kami menggunakan kapasiti bajet yang ada memperkukuhkan barisan serangan dan pertahanan bagi membendung ancaman lawan. Formasi 3-4-3 masih digunakan dengan strategi serangan hendap.






























Harimau Malaya

Seperti kebiasaan kami mengikut skrip untuk menutup tirai persembahan dengan lagu berhantu 'Harimau Malaya', dilihat wajah gembira para penonton bersama virus korus lagu ini. Pasti mereka dapat tidur nyenyak malam ini, menerkam semula mangsa lain pagi esok mungkin. Akhir kata sekalung penghargaan kepada Pentas Aksi, Perbadanan Putrajaya, Light And Motion Putrajaya dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Foto & Video kredit: Aqilah (LIM KOK WING University)




Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code