Showing posts with label piko. Show all posts
Showing posts with label piko. Show all posts
Misteri Helikopter Piko
Sejak sekian lama, saya telah mengidamkan mempunyai pesawat sendiri untuk memudahkan urusan terbang ke sana ke mari, al maklumlah sebab sekarang ini saya rasa diri ini terlalu sibuk. Saya perlu hadir ke setiap pelusuk bumi bagi membantu memperbaiki kerosakan bumi Tuhan ini. Namun saya masih lagi belum dapat melaksanakan perintah ini bagi memakmurkan alam sejagat supaya generasi penerus umat manusia peroleh bumi yang lebih selesa daripada apa yang kita hadapi kini; kemarau panjang pasti akan datang KIAMAT, banjir besar juga amaran AKHIR ZAMAN.
(Piko dengan Helikopter-Nya yang mudah terhempas)
'Setiap yang hidup pasti akan mati,
menghembus nafas terakhir, bertemu Maha Pencipta,
Setiap yang mati pasti akan hidup,
dibangunkan semula, di Padang Mahsyar'
- petikan lirik dari lagu KIAMAT (belum diterbitkan)
Andai kala ini dapat sebuah helikopter pasti memudahkan urusan tetapi baru-baru ini termimpi jatuh dari helikopter pula lalu badan berkecai. Terasa makin takut untuk memiliki pesawat peribadi, tetapi jika ada lesen juruterbang tak takut dah kot.
Apakah manusia bakal punya pesawat peribadi setiap seorang beberapa tahun lagi? Wajarkah kenderaan ini disewakan kepada rakyat jelata? Berapa ramaikah orang yang mampu memiliki pesawat peribadi ini?
Kiamat makin dekat!
Karekter Piko dalam Apps Game MARIONEXXES

Sedikit sedutan karekter Piko dalam permainan video MARIONEXXES. Rekaan oleh Spikey Fidz dari Komik Network.
Amacam okay tak? Cuba komen jap.
Pikolele: TV Show
Piko sekarang sedang belajar menjahanamkan beberapa lagu dengan Ukulele, nantikan video rakaman di webisod dikenali Pikolele di: http://youtube.com/marionexxes

Piko Tercameo Dalam Muzik Video Sarimah Ibrahim

Baru baru ini Piko telah terlibat dengan produksi penerbitan muzik video Sarimah Ibrahim, dengar cerita projek ini telah mengambil masa singkat untuk disiapkan produksi di Malaysia. Ini kerana, dilaporkan lagu ini turut menampilkan penyanyi antarabangsa dari Amerika Syarikat, dijangka siap suntingan pada September 2014 nanti. Maka marilah kita tunggu hasilnya. InsyaAllah.
ps: Apakah betul Piko tertidur di lokasi?