#MuzikXXJenayah
Sabtu
2 Disember 2017
8 Malam
Masuk PERCUMA
Blackbox, SACC Mall, Shah Alam
SIARAN MEDIA: Muzik Bukan Jenayah
Muzik ialah
suatu irama dan lagu yang dicantumkan. Ia dipupuk seawal usia bayi dalam
kandungan yang mendengar pelbagai bunyi di dalam Rahim ibunya. Lantas ia adalah
melodi dalam kehidupan seseorang yang tidak diungkapkan hanya dengan kata-kata
tetapi disertai jiwa Nurani. Namun pada hari ini, sebahagian irama dan lagu ini
sering dipertikaikan konsepnya kerana terlalu memikirkan tradisi. Ada diantara
genre muzik yang tidak dapat diterima khalayak kerana ianya membawa alunan rentak
yang agak keras. Ada pula genre yang langsung tidak dibenar siar oleh media
semasa kerana sentiment tertentu. Semua ini Muzik! Ini bukan Jenayah!
Milleniumkan
Muzik Kita
Sejak akhir
ini, kita dapati beberapa acara muzik sering diganggu-gugat oleh penguasa tanpa
usul periksa hingga merugikan penganjur, peserta dan penonton. Akibatnya acara
muzik itu dibatalkan, dibekukan dan digam terus daripada diteruskan. Ini
membuatkan masyarakat menambah persepsi negatif kepada genre itu. Contohnya
aliran Punk, Metal dan Hardcore, sering mendapat cop muzik kelas bawahan.
Manakala Rock, Pop dan Jazz pula terus ke arus perdana tanpa dipersoalkan. Kajian oleh Universiti Malaya mendapati terdapat
ada pihak atau kuasa yang mengawal sebaran genre tertentu hingga diterima pakai
oleh semua orang, tidak kira kelas.
Underground
VS Mainstream; 30% VS 70%
Sebagai
menyambut ulangtahun ke 20 penubuhan MARIONEXXES, hari ini kami bukakan sebuah
kisah yang mungkin tidak pernah didengar, yang tidak pernah diterbitkan oleh
mana-mana media iaitu sebuah kisah perjalanan Band Music X (judul album debut,
2009). Album yang rare luar biasa.
“Dari seorang
bayi hingga dewasa, Dari Jalan Dhoby ke persada antarabangsa.”
Diskografi:
M A R I O N E ‘double X’ E S
#MuzikXXJenayah