MARIONE20ES = MARIONEXXES + ULANGTAHUN KE 20
Sebuah kumpulan anak muda yang kini menginjak usia 40an menggelarkan diri mereka dengan nama MARIONEXXES.
Memulakan karier mereka sejak tahun 1997.
Diasaskan di bandaraya sibuk Johor Bharu tetapi di lorong kecil Jalan Dhoby.
Semua anggota ialah pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berbeza taraf hidup.
Berpecah.
Bergabung Semula.
Universiti Malaya
Gabungan MARIONEXXES yang baru diketuai Piko sejak tahun 1999 telah mengalami beberapa fasa perubahan yang drastik. Selalu bertukar ahli muziknya menampakkan kematangan hala tuju mereka.
Antara line up yang paling diingati ialah semasa mereka merakamkan lagu Through My Window untuk iklan Everyone Connects pada tahun 2009 melalui beberapa penampilan utama di pentas besar.
Berhibernasi.
Setelah merakam lagu hits POP pada tahun 2015, MARIONEXXES telah kembali tidur semula kerana faktor penyambungan pelajaran teraju utamanya. Demi fokus kepada PHD yang disiapkan Piko pengurusan MARIONEXXES mengambil keputusan terpaksa menunda beberapa rilisan terbaru yang dijadualkan pada 2016. Sambil itu mereka masih giat merakamkan lagu-lagu baru yang bakal dikeluarkan pada waktu yang akan diumumkan nanti.
20 tahun suatu tempoh yang agak lama, MARIONEXXES sempat melalui asam garam kehidupan sebagai sebuah band yang versatil, penuh dengan anekdot yang mematangkan mereka.
Tahun 2017 bakal menyaksikan genap usia 20 tahun kumpulan MARIONEXXES. Apakah yang bakal mereka sajikan kepada para peminat setia?